Connect with us

Oh! Media

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya Di Musim Perayaan?

Oh! Artis

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya Di Musim Perayaan?

Satu demi satu isu dikaitkan si pengacara popular, Azwan Ali. Hari ini heboh seantero Natizen berbicara tentang salah satu tweet beliau yang mengundang rasa marah orang ramai.

ADVERTISEMENT

Dari isu tidak sefahaman dengan rakan artis lain, kemudian heboh bergaduh soal siapa bomoh siapa, hinggalah memaki-hamun peminat sendiri tentang Restoran Me’nate, bergaduh pula dengan Azhar Sulaiman akibat menegurnya, selepas itu timbul isu Azwan Ali mengamuk dengan ejen umrah, berterusan pula isu Nabil Ahmad tidak menegurnya dan yang terbaru, dikatakan menghina mangsa kemalangan jalanraya di musim perayaan ini.

Kami cuba lihat dari satu sudut yang jauh, berkemungkinan Azwan Ali cuba sampaikan sesuatu pesanan yang agak sarkastik kerana banyak kemalangan jalanraya disebabkan sikap pengguna yang tidak mengikut undang-undang namun cara penyampaian beliau yang sangat kasar pastinya mengundang rasa marah orang ramai terutamanya untuk keluarga mangsa-mangsa kemalangan di musim perayaan yang masih hiba atas kehilangan ahli keluarga mereka.

Komen-komen di laman sosial banyak yang kehairanan mengapa Azwan Ali masih lagi tidak insaf walaupun sudah banyak kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Bahasa yang dilemparkan jelas mengecewakan para peminat dia.

Nasihat kami sebaga Azwan Ali, kita ni kalau nak bawa watak seorang yang laser, biarlah kena pada tempat dan suasananya. Amatlah penting untuk kita hormati perasaan orang lain jika kita mahu diri dihormati.

Nak Menang Honor 6?

Antara smartphones premium dan diminati ketiak ini. Honor 6 – saiz skrin 5.0″, kamera 13MP, paparan 1080p, 3GB RAM,…
Posted by Oh! Media on Tuesday, July 21, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas