Connect with us

Oh! Media

Aurat Terdedah Ketika Sedang Solat

Umum

Aurat Terdedah Ketika Sedang Solat

ADVERTISEMENT
Soalan:
Ketika seorang perempuan duduk tahiyat lalu terselak kainnya di bahagian kaki hingga nampak jari-jari kakinya apakah batal atau tidak sembahyangnya?
Jawapan:
Jika terbuka aurat dengan tidak sengaja di tengah mendirikan sembahyang adalah batal sembahyangnya jika tidak ditutupnya dengan segera. 
Berkata Imam Syafie :
فإذا انكشف من الرجل في صلاته شيء مما بين سرته وركبته ومن المرأة في صلاتها شيء من شعرها قل ، أو كثر ومن جسدها سوى وجهها وكفيها وما يلي الكف من موضع مفصلها ولا يعدوه ، علما أم لم يعلما أعادا الصلاة معا 
“Maka jika terbuka dari lelaki di dalam sembahyangnya suatu dari pusat hingga lututnya dan dari perempuan dalam sembahyangnya suatu dari rambutnya samada sedikit atau banyak dan dari tubuhnya selain muka dan dua pergelangan tangannya termasuk tempat sendi selepas tapak tangannya samada ia tahu atau tidak hendaklah dia ulangi sembahyangnya (kerana telah batal).” (Kitab Al-Umm)
Tetapi jika ditutupnya dengan segera bahagian aurat yang terbuka itu maka dimaafkan yakni tidak batal sembahyangnya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
وإذا انكشف بعض العورة في الصلاة مع القدرة على سترها بطلت صلاته، إلا إن كشفها ريح أو سهواً، فسترها في الحال فلا تبطل، كما تقدم سابقاً.
“Dan jika terbuka sebahagian aurat di dalam sembahyang serta mampu ia tutup (tetapi tidak ia tutup) maka batal sembahyangnya. Melainkan jika terbuka sebab angin atau terlupa/tersilap lalu ia tutup dengan segera maka tidak batal sembahyangnya sebagaimana telah lalu sebutnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islamy)
Terjawab dari persoalan di atas iaitu jika perempuan tersebut segera menutup bahagian kakinya yang terselak itu maka sembahyangnya adalah sah.
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas