Connect with us

Oh! Media

Asrama Pekerja Tropicana Kena PKPD Mulai Isnin Ini

COVID-19

Asrama Pekerja Tropicana Kena PKPD Mulai Isnin Ini

Menurut laporan Harian Metro, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari akan berkuatkuasa pada hari Isnin ini di asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort (TGCR), Petaling Jaya.

ADVERTISEMENT

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa perintah itu dilaksanakan susulan kes positif Covid-19 yang membabitkan pekerja tersebut selepas menerima nasihat daripada Kementerian Kesiharan Malaysia (KKM) ketika Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang hari ini.

Tambahan pula, beliau berkata PKPD juga perlu untuk membolehkan pengawalan penularan wabak dan ujian saringan dilakukan ke atas 500 pekerja dengan sebaik mungkin.

PKPD ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kalangan penghuni asrama dan membolehkan pengesanan secara langsung dilakukan sepanjang tempoh itu.

Setiap prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi pekerja asrama dan pihak lain contohnya, larangan keluar masuk dan SOP lain yang diperkenalkan dalam PKPD.

Ismail Sabri berkata ia tidak membabitkan kawasan kediaman dan kelab di TGCR kerana hanya asrama sahaja dikenakan PKPD. Manakala mengenai beberapa pekerja yang disahkan positif Covid-19 di pusat membeli belah 1Utama di Bandar Utama pula dikatakan mesyuarat telah bersetuju untuk menutup premis berkenaan selama tujuh hari.

Hanya blok asrama sahaja dikenakan PKPD dan tidak babitkan kawasan kelab golf dan kediaman penduduk.

Ketika sidang itu berlangsung, mereka bersetuju dengan cadangan KKM bagi penutupan itu agar dapat melakukan proses saringan terhadap pihak yang berkaitan dan semua 800 pekerja.

Juga untuk membolehkan proses sanitasi dan nyahkuman dibuat di seluruh pusat beli-belah.

OHMEDIA: STAY SAFE SEMUA!
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas