Connect with us

Oh! Media

Asap Kebakaran Hutan Australia Kelilingi Bumi & Boleh Hasilkan Ribut Petir Gergasi

Umum

Asap Kebakaran Hutan Australia Kelilingi Bumi & Boleh Hasilkan Ribut Petir Gergasi

Semua sedia maklum yang baru-baru ini Australia telah melalui kebakaran hutan yang dasyat dan kesannya dikatakan akan dirasai seluruh dunia. Walaupun keadaan agak terkawal dan hanya beberapa kebakaran lagi masih berlaku, amaran ini tetap dikeluarkan NASA dimana asap dari kebakaran hutan ini akan mengelilingi planet bumi.

ADVERTISEMENT

Gambar dari angkasa turut ditunjukkan NASA dimana asap ini telahpun bergerak sejak 8 Januari lalu dan telah mengelilingi separuh dari bumi sebelum kembali semula ke Australia.

Asap dijangka membuat sekurang-kurangnya satu litar penuh di seluruh dunia dan kembali semula ke langit di Australia. – Kata Pusat Penyelidikan Goddard NASA.

Sekiranya asap ini melalui langit kita, negara akan menjadi gelap dan berjerebu dan suasana ini sama seperti yang selalu dialami negara kita apabila negara jiran Indonesia terlibat dengan kebakaran hutan.

Tapi ada amaran lain yang dikeluarkan NASA, yang mendakwa asap dari Australia ini lebih besar, tebal dan mampu menghasilkan ribut petir gergasi. Jika ini berlaku, ia mungkin boleh mengakibatkan kebakaran baru di beberapa kawasan.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas