Connect with us

Oh! Media

Artis Top 5 ABPBH Beli Undi?

Umum

Artis Top 5 ABPBH Beli Undi?

Anugerah Bintang Popular 2014 (ABPBH) kini hampir sampai ke kemuncaknya. Nak dijadikan cerita, terkejut juga kami bila dapat tahu salah seorang dari calon ‘Top 5’ ABPBH 2014 yang juga merupakan kenalan rapat Ohmedia ada menerima satu email sulit yang telah dihantarkan kepadanya dan semua finalis lain. Atas sebab tertentu, Ohmedia akan kaburkan mana-mana bahagian yang mempunyai nama yang kami rasa tak perlulah kami paparkan.

ADVERTISEMENT

Apa yang pasti, jika anda amati email tersebut nanti jelas sekali ada pihak yang sangat hebat menawarkan perkhidmatan kepada para artis untuk mengundi diri mereka sendiri dengan bayaran yang kami rasa masih di dalam kemampuan mereka. Tak mustahil untuk mendapatkan populariti berpanjangan, pasti akan ada artis yang mengambil jalan ‘shortcut’ untuk memasuki dunia popular.

Ini jelas digambarkan pengirim email yang ada selebriti yang berada di dalam senarai pencalonan awal akhirnya dapat memasuki carta Top 5 kerana mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

Siapa agaknya selebriti yang dimaksudkan ke Top 5 kerana khidmat mereka? Klik gambar untuk saiz sebenar.

Jika benarlah ada servis seperti ini sejak sekian lama, bagus juga untuk kita ketahui mungkin ada dikalangan artis yang menang, bukanlah sepenuhnya kerana dimintati ramai tapi kerana artis tersebut menganggap kerjayanya sebagai satu pelaburan yang akan menguntungkan di masa akan datang.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas