Connect with us

Oh! Media

Artis K-Pop Kumpulan Blackpink Gilakan Jajan Legend Malaysia Super Ring

Umum

Artis K-Pop Kumpulan Blackpink Gilakan Jajan Legend Malaysia Super Ring

Siapa jer yang tak terpikat dengan makanan Malaysia ni? Memang ramai yang Ohmedia tengok mengakui yang Malaysia sememangnya syurga makanan dengan bermacam-macam jenis makanan. Terbaru, viral pula artis Korea dari kumpulan Blackpink iaitu Jisoo dan Jennie yang tidak dapat menahan perasaan gembira mereka apabila ternampak makanan ringin Super Ring. Jajan legend orang Malaysia ni boi.

ADVERTISEMENT

Selepas tersebarnya video itu, sekarang dikatakan pula yang jajan legend Super Ring ni telah mula dilihat dan dijual di Korea pada harga 1,200 won atau RM4.30. Ini dikongsikan oleh pengguna Twitter @moonstarbyulie.



Dalam video ini, anggota Blackpink itu mengatakan yang mereka kali pertama mencuba keropok itu sewaktu di Singapura dan sejak itu mencari kerana telah jatuh cinta dengan keenakan rasanya.

Selepas itu, Jisoo dan Jennie berharap agar mereka menjumpai kedai yang menjual ‘Super Ring’ memandangkan mereka berada di Malaysia sempena konsert jelajah Blackpink.

Akhirnya, mereka berjaya menemui Super Ring di 7-Eleven dan dapat diliat betapa gembiranya mereka.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas