Connect with us

Oh! Media

Arsenal Tutup Rekod Tanpa Kalah Solskjaer

Umum

Arsenal Tutup Rekod Tanpa Kalah Solskjaer

Akhirnya tuah rekod tanpa kalah pengendali sementara pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah hilang apabila tewas mengejut dengan Arsenal 2-0 awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Arsenal memperoleh jaringan awal melalui Granit Xhaka dan penalti pada waktu berbaki hanya 21 minit yang disempurnakan Pierre Emerick Aubameyang telah membuatkan Arsenal kembali merampas kedudukan United di kedudukan keempat.

Untuk baki perlawanan, United dilihat bakal melalui laluan lebih sukar apabila dijadualkan bakal bertemu Manchester City dan Chelsea dalam minggu-minggu selepas ini selain berdepan saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA, manakala Arsenal tidak akan bertemua 8 kelompok teratas bagi baki perlawanan mereka.

“Anda perlu kecewa dengan keputusan ini, tapi persembahan adalah bagus,” kata Solskjaer.

“Gol pertama selalu menunjukkan bagaimana perlawanan akan berlangsung. Kami mencipta peluang, peluang besar, terkena palang dua kali, (Bernd) Leno bermain baik.

“Dalam aspek apa yang boleh kita kawal, kami tidak seharusnya rasa terlalu kecewa.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas