Connect with us

Oh! Media

Arsenal Tampil Lebih Tegas Terhadap Semua Pemain

Umum

Arsenal Tampil Lebih Tegas Terhadap Semua Pemain

Pasukan bola sepak Arsenal bersedia untuk membuang pemain mereka yang degil bagi memastikan mereka dapat memberi saingan terbaik pada musim depan. Ini juga merupakan polisi perpindahan baharu musim panas dan mengelakkan dari menanggung sebarang kerugian apabil ada pemain pindah ke kelab lain secara percuma.

ADVERTISEMENT

Seperti sebelum ini, pemain seperti Aaron Ramsey, Danny Welbeck, Alexis Sanchez dan Jack Wilshere telah keluar tanpa sebarang yuran perpindahan dan ini ternyata merugikan mereka. Oleh itu, Tha Gunners bersedia untuk melepaskan pemain yang masih mempunyai baki kontrak selama 2 tahun.

Apa yang dikatakan Pengarah Urusan Arsenal, Vinai Venkatesham, polisi baharu itu menetapkan mana-mana pemain yang berbaki kontrak dua tahun perlu membaharui kontrak, jika enggan mereka akan terus dijual.

Antara pemain yang masih memilik baki 2 tahun termasuk Pierre-Emerick Aubameyang, Mesut Ozil, Henrikh Mkhitaryan dan Laurent Koscielny.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas