Connect with us

Oh! Media

Arja Lee Buat Pengakuan Berani, Mahu Cari Wanita Berharta Supaya Boleh Tumpang Senang

Umum

Arja Lee Buat Pengakuan Berani, Mahu Cari Wanita Berharta Supaya Boleh Tumpang Senang

Nama pelakon Misiku Kuza, tiba-tiba menjadi sebutan hangat baru-baru ini akibat sebuah videonya berseluar dalam yang dimuatnaik ke laman Instagramnya hingga mengundang pelbagai kecaman hebat.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Arja menjelaskan bahawa perkara itu berlaku kerana akaun Instagramnya telah dihijack apabila telefon bimbitnya telah hilang.

Dalam pada itu, Arja yang kini sudah berusia lebih 30 tahun tidak terkecuali diajukan soalan tentang alam rumahtangga dan jawapan yang sering kedengaran adalah dia masih lagi mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan suri hatinya.

Bukan itu sahaja, aktor filem Rembat itu mahu memastikan, bakal isteri dapat memberikan kesenangan kepadanya kelak.

“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?

“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.

“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” bicara Arja jujur memperincikan gadis pilihannya. 

Ditanya bila Arja mahu kahwin? Jawabnya mudah, dua tahun lagi ketika menginjak umur 35 tahun. Pada pendapatnya, usia sebegitu amat sesuai untuk seorang lelaki fokus memikirkan akan rumah tangga yang mahu dibina.

Sekurang-kurangnya tempoh tersebut memberi peluang buatnya mencari calon sesuai seperti yang diberitahunya tadi kerana bukan mudah untuk mendapatkan wanita yang memenuhi kriteria berkenaan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas