Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Ariana Miyamoto Miss Universe Jepun Yang Tiada Rupa Jepun

Umum

(Gambar) Ariana Miyamoto Miss Universe Jepun Yang Tiada Rupa Jepun

Ariana Miyamoto merupakan satu-satunya Miss Universe Jepun yang tida rupa Jepun. Biarpun dilahirkan dan dibesarkan di Sasebo, Nagasaki, Ariana dikritik oleh rakyat negaranya sendiri kerana wajahnya yang tidak melambangkan negara Jepun.

ADVERTISEMENT

Gadis berusia 20 tahun ini dikecam teruk oleh orang ramai seluruh Jepun selepas dia memenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015 peringkat Jepun yang berlangsung di Hotel Chinzanso pada 12 Mac lalu.

Ariana atau nama sebenarnya Miyamoto Eriana Mamiko sehingga kini masih dianggap sebagai ‘orang luar’ oleh kerana bapanya seorang lelaki berketurunan Afrika Amerika syarikat yang berkahwin dengan ibunya seorang warga Jepun tempatan.

Kecantikan dan keunikan Ariana memang tidak dapat disangkal. Gadis yang mempunyai ketinggian 1.73 dengan mata berwarna perang ini terdahulu telah memenangi gelaran Miss Nagasaki dan seterusnya mewakili Jepun ke Miss Universe Antarabangsa di Amerika Syarikat pada akhir tahun ini.

Sebahagian besar warganegara Jepun tidak dapat menerima hakikat orang asing kacukan Jepun sebagai pemenang dan mereka lebih suka pertandingan itu diwakili oleh gadis berwajah tipikal Jepun yang mewakili pertandingan itu.


OHMEDIA: Tak ramai yang bertuah untuk memiliki identiti yang unik campuran berlainan bangsa. This is RARE!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas