Connect with us

Ardell Masak Sedap Sangat, Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi!

Umum

Ardell Masak Sedap Sangat, Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi!

Wow! Banyak ya naik, baru 2 bulan weh! Ohmedia cakap pasal berat badan pelakon Nadzmi Adhwa yang menceritakan yang berat badannya telah naik 15kg, gara-gara isteri hebat memasak. Walaupun baru 2 bulan hidup bersama Ardell Aryana, berat dah naik banyak tu.

Berapa agaknya berat Nadzmi sebelum ni? Berat sebelum kahwin 65kg dan sekarang dah cecah 80kg.

Ini semua gara-gara masakan isteri yang sedap-sedap. Ardell pandai memasak, sebutlah lauk apa sekalipun, semua dia boleh buat… Maklumlah anak chef. Saya paling suka kalau isteri menyediakan masak lemak cili api siput sedut dengan sambal petai. Kombinasi dua lauk ini membuatkan saya bertambah apabila makan, katanya.

Betul-betul dikerjakan suaminya, si Ardell ni. Sampaikan suami pun tak sanggup nak tolak masakan isteri, mengajuk katanya nanti kalau tak makan.

Saya akan kembali ke gimnasium untuk bersenam dan mengecilkan semula saiz badan. Kalau saya buat tak tahu, masalah kesihatan pula akan muncul. Sekarang, hendak berlari sedikit pun mengah, katanya lagi.

Haa, nasib baik ingat, Ohmedia baru nak pesan. Tapi Ardell macam suka jer suami badan berisi, sebab tu masak sedap-sedap tu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top