Connect with us

Oh! Media

Apple Patenkan Fungsi Imbasan Pipi, Telinga dan Telapak Tangan

Umum

Apple Patenkan Fungsi Imbasan Pipi, Telinga dan Telapak Tangan

Sekarang, dah jarang kita dengar pembaharuan atau inovasi yang hadir dari syarikat Apple. Ini kerana kebanyakan pesaing kuat Apple sudah mula bergerak lebih laju dari mereka sehingga menyebabkan mereka dilihat seakan semakin ketinggalan.

ADVERTISEMENT

Tetapi, berdasarkan maklumat yang kami peroleh, pihak Apple telah mempatenkan satu sistem imbasan biometri yang terbina di dalam skrin yang baharu.


Berdasarkan laman Patenly Apple, sistem ini bukan sahaja mampu untuk mengimbas cap jari, tetapi juga mampu untuk mengimbas kulit muka, telinga, pipi dan telapak tangan pengguna.

Apa yang dapat dilihat, fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menjawab panggilan dengan lebih pantas. urut dipatenkan ialah pengimbas cap jari dalam skrin pada kesemua permukaan hadapan peranti. Hanya beberapa minggu lalu terdapat laporan iPhone akan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik keluaran Qualcomm seperti sebuah Galaxy S10.

Tetapi adakah fungsi ini akan memudahkan pengguna atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan hasilnya dan harap ia tidak mengecewakan dari Apple.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas