Connect with us

Oh! Media

Apple Mungkin Akan Memilih Malaysia Untuk Pusat Pengeluaran Terbaru

Umum

Apple Mungkin Akan Memilih Malaysia Untuk Pusat Pengeluaran Terbaru

Nampaknya Malaysia mungkin akan dipilih oleh Apple. Wow! Untuk pengetahuan korang, sekarang pihak Apple sedang menilai implikasi kos untuk memindahkan 15-30 peratus keupayaan pengeluaran mereka keluar dari China setelah berlaku pertikaian perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Sebelum ini, mereka ada menaikkan nama negara India sebagai pilihan utama, tetapi kini mereka telah menyenaraikan lebih banyak negara pilihan di Asia Tenggara.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Nikkei Asian Review, pemasangan utama iPhone, seperti Foxconn; Pegatron Corp; Wistron Corp; pengeluar utama MacBook, Quanta Computer Inc; pengeluar iPad, Compal Electronics Inc; dan pengeluar AirPods, Inventec Corp, Luxshare-ICT dan Goertek diminta untuk menilai opsyen di luar China, kata Nikkei.

Dan kesemua ini akan dipertimbangkan untuk dipindahkan ke negara Mexico, India, Vietnam, Indonesia dan Malaysia. Walaubagaimanapun, seperti yang dapat dilihat, India dan Vietnam dilihat antara lokasi yang paling menjadi pilihan dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas