Connect with us

Oh! Media

Aplikasi FaceApp, Terdedahkah Anda Dengan Risiko?

Umum

Aplikasi FaceApp, Terdedahkah Anda Dengan Risiko?

Beberapa hari lepas, telah berlaku fenomena FaceApp di media sosial. FaceApp membolehkan anda memanipulasi gambar anda untuk kelihatan tua atau muda. Namun, tahukah anda aplikasi FaceApp yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs berkemungkinan menyimpan foto anda yang telah disunting dalam sistemnya? 
Menurut laporan TechCrunh, FaceApp tidak mempunyai akses foto anda dalam peranti anda tanpa kebenaran. Tetapi setiap gambar yang anda manipulasi menggunakan aplikasi berkenaan akan di sjmpan di pengkomputeran awan meskipun anda tidak memeilih untuk berkongsi gambar berkenaan dimedia sosial.
Walaubagaimanapun FaceApp menjelaskan bahawa kebanyakan imej akan dipadam selepas 48 jam setelah dimuat naik. Techcrunch mempersoal bahawa “kebanyakan” gambar bermaksud “tidak semua” gambar akan dipadam.
Bertidak dari itu, FaceApp mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak berkongsi dan menjuak data peribadi kepada pihak ketiga. Namun menurut syarat penggunaan, pengguna membenarkan syarikat berkenaan menggunakan imej, nama, katanama, suara “secukupnya untuk mengenalpasti identiti pengguna.” Sekiranya anda bersetuju, anda akan kehilangan hak keaatas gambar anda jika digunakan untuk tujuan tertentu.
TechCrunch melaporkan pengguna FaceApp boleh memadam data tersebut namun pengguna perlu melalui proses yang panjang. Sehingga kini 100 juta orang telah muat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan ia juga adalah aplikasi paling popular di iOS App Store di 121 negara.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas