Connect with us

Oh! Media

Apex Legends Mengharamkan 770 Ribu Lagi Pemain PC

Umum

Apex Legends Mengharamkan 770 Ribu Lagi Pemain PC

Permainan Battle Royal seperti PUBG, Fotnite, Apex Legends dan banyak lagi sememangnya terdedah dengan sikap pemain yang suka menggunakan taktik kotor atau menipu.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, pihak Respawn yang membangunkan permainan Apex Legends telah mengumumkan mereka telah mengharamkan lebih 300 ribu pemain Apex yang menipu dan kini jumlah itu telah meningkat kepada 770 ribu pemain.

Pemain yang didapati menipu bukan sahaja diharamkan, malah seramai 300 ribu diantara mereka telah dihalang daripada mencipta akaun baru.

Salah seorang pemain Ohmedia iaitu Syafiq ‘Mozampique’ Rahman juga sebelum ini terjumpa dengan pemain penipu atau ‘hacker’ semasa melakukan permainan secara langsung dan kelihatan dengan jelas mereka telah menggunakan ‘auto aim’ yang membolehkan mereka menembak dengan sangat tepat.


Respawn kini telah bekerjasama dengan pihat EA bagi memastikan masalah ini dapat ditangani secara keseluruhan dengam menggunakan EA Security and Fraud, Origins dan pembangun DICE, FIFA serta Capital Games.

Pemain juga boleh melaporkan penipuan jika mendapati ada antara pemain yang menipu dan fungsi ini banyak membantu untuk sistem mereka mencari penipuan yang mungkin terlepas sebelum ini.

Penipuan di dalam apa sahaja permainan harus ditangani dengan serius, bagi memastikan permainan dapat dijalankan dengan baik. Lagi-lagi bila permainan sukan elektronik sudah mula dipertandingkan di peringkat tertinggi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas