Connect with us

Oh! Media

Apa Nama Malaikat Maut?

Umum

Apa Nama Malaikat Maut?

Malaikat Izrail (Bahasa Arab: ﻋﺰﺭﺍﺋﯿﻞ) ialah nama yang masyhur bagi malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan Izrail dipercayai berasal daripada bahasa Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Quran atau hadis sebaliknya malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku al-Maut (ﻣﻠﻚ ﺍﻟﻤﻮﺕ). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel.

ADVERTISEMENT

Pendapat Ulama’ Tentang Nama Izrail

Hafiz ibn Hajar telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).

Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49): “Dan Malaku al-Maut, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Quran, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa atsar sebagai “`Izrail”, wallahu a’lam. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: “Katakanlah: Malaku al-Maut akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali.” [As- Sajdah: 11]

Dan Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin telah berkata: “Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (Izrail), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam atsar Israiliyyat, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan malaikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku al-Maut) sebagaimana Allah telah menamakannya dalam firman-Nya dalam [As-Sajdah: 11].” [Fatawa Ibnu Utsaimin (3/161)]

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas