Connect with us

Oh! Media

Anjing Jiran Bertindak Luar Kawalan – Cederakan Muka Kanak-kanak 11 Tahun

Umum

Anjing Jiran Bertindak Luar Kawalan – Cederakan Muka Kanak-kanak 11 Tahun

Siapa yang tidak seram apabila melalui rumah atau kediaman yang mempunyai haiwan seperti anjing mengawal di hadapan rumah. Mungkin ini tidak berlaku kepada semua orang, tetapi apa yang kita takutkan nampaknya berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang parah di muka apabila digigit anjing jiran.

Kejadian yang berlaku di Taman Makmur, Endau, Mersing Johor itu diserang seekor anjing pada jam 7.30 petang dan dilaporkan sedang bermain di rumah jirannya.

“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas rantai tali pengikat anjing tercabut sebelum anjing peliharaan jirannya itu menyerang mangsa.

IKLAN

“Anjing itu adalah baka campuran dan ia menggigit muka serta beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Cyril berkata, siasatan awal mendapati pemilik anjing tidak mempunyai permit atau lesen untuk memiliki anjing itu.

“Mangsa yang parah pada muka dibawa ke Hospital Rompin untuk menjalani rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital pakar bagi rawatan lanjut.

Memang kita tidak dapat menjangka tindakan haiwan walaupun kita telah lama memelihar haiwan terbabit. Jadi diharapkan semua pihak yang ada memlihara haiwan, dapat mengawal dan mengelakkan perkara seumpama ini berulang.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas