Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Berperut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

ohmedia polis perut buncit tidak akan2bnaik2bpangkatjpg

Umum

Anggota Polis Berperut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

Sekadar Gambar Hiasan

Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak akan dinaikkan pangkat selepas ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan setiap anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Menurutnya, amaran yang dikeluarkan ini bagi memberi dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM supaya menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

IKLAN

Selain itu, tambahnya syarat bagi kenaikan pangkat ini adalah perlu untuk memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan dan memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” ujarnya. – Harian Metro

Kemewahan Dato Alif Syukri

Kemewahan Hidup Datuk Aliff Syukri.

Kemewahan bumiputra yang patut kita banggakan. Sejujurnya, seronok melihat anak tempatan seperti Datuk Aliff Syukri ni yang mampu memiliki kemewahan sebegini. Setiap kemewahan itu tentunya datang dari usaha keras. Itulah bezanya kemewahan rakyat biasa berbanding kemewahan mereka yang ada kuasa.

Posted by Oh! Media on Thursday, January 7, 2016

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas