Connect with us

Oh! Media

Anak Perempuan Stan Lee Sokong Tindakan Sony

Umum

Anak Perempuan Stan Lee Sokong Tindakan Sony

Kadang-kadang terfikir juga, siapa sebenarnya yang bersalah dalam konflik diantara Sony Pictures dan Disney sehingga menyebabkan mereka sering kali tidak sehaluan setiap kali melakukan kerjasama. Jadi, ini Ohmedia kongsikan pendapat dari seseorang yang sangat rapat dengan isu ini, iaitu anak perempuan kepada mendiang Stan Lee, Joan Celia Lee.

ADVERTISEMENT

Memetik kepada tulisan dari TMZ, jelas menunjukkan Celia Lee berpihak kepada Sony. Walaubagaimanapun, Celia Lee tetap menghentam kedua-dua pihak yang dilihat tidak menghargai apa yang ditinggalkan mendiang bapanya. Bila Ohmedia fikir, kisah mereka ni seakan macam apa yang dilalui arwah Tan Sri P.Ramlee kan?

Ok, kembali kepada cerita mereka, Celia bagaimanapun menganggap apa yang dilakukan oleh Sony adalah satu langkah yang tepat.

When my father died, no one from Marvel or Disney reached out to me. From day one, they have commoditized my father’s work and never shown him or his legacy any respect or decency. In the end, no one could have treated my father worse than Marvel and Disney’s executives, kata Celia Lee.

Tapi kita tak boleh la dengar sebelah pihak jer, apa pula kata yang lain. Memetik kepada kenyataan Comicbookmovie.com pula, mereka merasakan apa yang diceritakan oleh Celia Lee tidak masuk akal kerana pihak Marvel Studios telahpun melakukan sebanyak mungkin penghormatan kepada Stan Lee sejak hari kematiannya. Tidak cukup dengan itu, Celia Lee turut telah dipetik melakukan penderaan fizikal dan psikologi ke atas bapa dan ibunya, Joan Lee sebelum kematian Joan pada Julai 2017 dan dakwaan ini masih belum selesai.

Panaskan, bila pihak ini nak burukkan satu pihak dan pihak lain pula membalas semula dengan tuduhan yang lain. Jadi, apa pula pandangan korang? Bagi Ohmedia diorang walaupun gaduh macam manapun, masing-masing sudah cukup kaya. Kita sebagai peminat hanya nak lihat hasil kerja dari mereka untuk hiburkan penonton.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas