Connect with us

Oh! Media

Hilang Kaki Dan Tangan, Mereka Tetap Semangat Teruskan Kehidupan

Umum

Hilang Kaki Dan Tangan, Mereka Tetap Semangat Teruskan Kehidupan

Amat tesentuh hati kami di Ohmedia apabila melihat gambar-gambar anak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel yang kini masih belum nampak penghujungnya. Setiap hari mereka menjadi trauma dengan bunyi serangan, bedilan bom yang berakhir dengan pertumpahan darah.

ADVERTISEMENT

Tetapi, bila dilihat dari wajah anak-anak ini, walaupun serba kekurangan, jelas kelihatan kekentalan jiwa yang ada di dalam diri mereka. Mereka tidak dapat merasai kehidupan seperti kanak-kanak normal di negara kita, tetapi gambar ini mungkin sedikit sebanyak dapat menghiburkan mereka.

Gambar ini dikongsikan @amanpalestinofficial di laman Instagram mereka

Kerana dirimu begitu berharga. Kesabaran dan ketabahan yang ditunjukan benar-benar menguji hati-hati yang di luar sana, apakah kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini?



Inilah kesan kepada peperangan yang berlaku ke atas bumi Gaza, Palestin. Peluru berpandu, bom, jet perang daripada tentera zionis Israel yang menjadikan anak-anak berada dalam kategori kelainan upaya dari segi anggota badan.

Namun, lihatlah senyuman dan kegembiraan mereka. Motivasi apakah yang mereka ada untuk meneruskan kehidupan?

Semangat yang ditunjukkan anak-anak ini untuk meneruskan hidup memang tidak akan dapat kita bayangkan dan diharapkan ia akan memberikan inspirasi kepada kita dan anak-anak kita bahawa walaupun serba kekurangan, ada lagi yang lebih sengsara dan jangan pernah putus asa.

A post shared by amanpalestinofficialMY (@amanpalestinofficial) on



Sumber: Amanpalestinofficial

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas