Connect with us

Oh! Media

Anak Minta Bawa Bekal, Faham Kos Hidup Tinggi

Umum

Anak Minta Bawa Bekal, Faham Kos Hidup Tinggi

ADVERTISEMENT
Sekadar Gambar Hiasan

Permulaan sekolah hari ini merupakan pengalaman pertama pada tahun 2016. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak darjah 1, pasti terpaksa melayani ragam dan kerenah anak-anak ini bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Masuk sahaja sekolah baru, semuanya pasti baru. Daripada baju sekolah, beg, kasut dan duit belanja mestilah berbeza berbanding sebelumnya. Tetapi ada juga anak-anak yang menggunakan barangan sekolah sebelum ini atau tahun lepas yang masih boleh dipakai. Ibu bapa pula mulalah berkira-kira untuk mengeluarkan duit belanja sekolah anak-anak. Masih relevankah diberi RM1 buat masa sekarang? Sudah tentulah tidak. Rata-rata ibu bapa akan memberi duit belanja sekolah sekurang-kurangnya RM2.

Tertarik untuk berkongsi dengan anda apabila ada juga anak yang ingin membawa bekal ke sekolah kerana faham dengan situasi ekonomi sekarang. Malahan, si ibu juga memilih untuk memasak bekal makanan anak-anak ke sekolah dengan makan yang berkhasiat dan ternyata bersih.

Si ibu manalah yang tidak mahu masak untuk anak? Sekurang-kurangnya kasih sayang ibu terhadap anak akan mengalir melalui air tangan yang menyajikan makanan. Teringat pula jika zaman sekolah dahulu, bawa bekal makanan ke sekolah merupakan amalan bagi setiap pelajar.

Apabila anak-anak boleh memahami keadaan ekonomi negara, kenapa kita yang dewasa tidak berusaha untuk sama-sama untuk membawa bekal ke tempat kerja? Sebenarnya, itu terpulang kepada masa dan individu sendiri. Usaha untuk berjimat adalah satu alternatif untuk menabung bagi kegunaan masa hadapan dan kecemasan kelak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas