Connect with us

Oh! Media

Anak Malaysia Pertama Cipta Sejarah Sebagai Ketua Kompeni Kadet di Amerika Syarikat

Umum

Anak Malaysia Pertama Cipta Sejarah Sebagai Ketua Kompeni Kadet di Amerika Syarikat

Selepas kisah wanita berhijab pertama di US Air Force, ini pula kisah seorang anak muda Malaysia iaitu Abdul Halim Abdul Rahim yang mencipta sejarah apabila diberi tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akedemi Tentera Amerika Syarikat West Point.

ADVERTISEMENT

Abdul Halim yang baru sahaja berusia 23 tahun itu mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah namun, sifat kepimpinan yang ditunjukkan beliau telah diberi tanggungjawab menjaga 120 anggota dengan cemerlang dan menjadi pegawat tentera darat berkaliber dan mempunyai karisma tersendiri.

“Ini satu daripada pengalaman berharga bagi saya selepas ‘terbang’ ke New York seawal usia 19 tahun untuk menjalani latihan ketenteraan.

“Antara cabaran ketika mengetuai kompeni ini ialah memimpin rakan sepasukan yang sebaya. Oleh itu, saya perlu ada keyakinan dan banyak bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu kepada BERNAMA.

Untuk pengetahuan korang, Abdul Halim adalah seorang daripada 15 kadet tentera darat antarabangsa dari beberapa negara yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat pada 2015, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di akademi tentera berkenaan.

“Untuk mendapat biasiswa ini saya perlu ‘bersaing’ dengan rakan-rakan semasa menuntut di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2014. Saya perlu melepasi ujian fizikal selama setahun dan temu duga dikendalikan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Saya mengambil masa selama satu semester untuk cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana. Saya banyak diberi pendedahan mengenai kursus lebih ‘advance’ seperti kursus payung terjun, turun dengan tali dari helikopter dan sebagainya kerana mempunyai kelengkapan dan peruntukan yang besar,” katanya.

Kini, setelah menamatkan pengajian, beliau bakal melapor diri di Kementerian Pertahanan dan akan menggalas tugas menjaga keamanan negara sebagai Pegawai Tentera Darat seperti diimpikan sejak kecil.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas