Connect with us

Oh! Media

Anak Aliff Syukri Cedera Gara-Gara Tersepit Di Mesin Treadmill

Ohmedia aliffpng

Umum

Anak Aliff Syukri Cedera Gara-Gara Tersepit Di Mesin Treadmill

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Yusoff Al-Qardawi memuatnaik satu posting di Instagram menunjukkan cedera yang dialami di bahagian pahanya akibat tersepit di mesin treadmill.

Uish! Macam sakit jer Yusoff kena tu. Menurut Aliff, kejadian itu terjadi di Sugeh Hill Resort, Janda Baik, Pahang ketika anak perempuan yang bernama Qadejah El Zahra sedang menggunakan mesin larian lalu Yusoff datang dan terjatuh.

Ketika kakaknya sedang guna untuk berlari, Yusoff datang dan terjatuh. Itu yang dia tersepit ketika treadmill berpusing. Saya memang terkejut ketika itu, sebab kulit dia macam melepuh. Terus saya bergegas bawa ke klinik. Sebenarnya insiden itu berlaku tiga hari lalu. Memang teruk keadaannya pada mulanya, sebab macam ada keluar nanah. Sampai Yusoff pun susah nak berjalan, tapi, syukur sekarang ini keadaannya semakin baik. -kata Aliff Syukri.

IKLAN



Takut betul Ohmedia tengok kaki Yusoff ni. Apapun, Ohmedia doakan agar Yusoff cepat sembuh seperti sediakala dan boleh bermain seperti kanak-kanak lain di luar sana.

OHMEDIA: GET WELL SOON YUSOFF!

Kredit: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca doa yang baik baik untuk Yusoff di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas