Connect with us

Oh! Media

Amyra Rosli Alami Muntah & Sakit Perut Yang Serius Selepas Pulang Dari Rumah Keluarga

amyrajpg

Oh! Artis

Amyra Rosli Alami Muntah & Sakit Perut Yang Serius Selepas Pulang Dari Rumah Keluarga

Menurut laporan mStar, Amyra Rosli dikatakan mengalami keracunan makanan yang agak teruk kerana muntah tidak berhenti dan mengalami sakit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarganya pada hari Isnin.


Walaubagaimanapun, suaminya iaitu Amar Baharin berusia 35 tahun membuat keputusan untuk membawanya ke sebuah pusat perubatan kerana bimbang akan beri kesan kepada anak kedua mereka yang masih lagi menyusu badan.

IKLAN

Amyra mengalami keracunan makanan yang agak teruk juga. Sebabkan banyak kali dia muntah tak berhenti dan mengalami sakit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital. Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor. Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja.

Kalau korang nak tahu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel iaitu Aqeef Anaqi berusia 2 tahun dan manakala Ayra Aryssa pula berusia 4 bulan.

OHMEDIA: GET WELL SOON, AMYRA ROSLI!


Kredit: mStar | Instagram

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas