Connect with us

Oh! Media

Ammar Alfian Tidak Hebah Perkahwinan Kerana Anggap Diri Bukan Lagi Selebriti

Umum

Ammar Alfian Tidak Hebah Perkahwinan Kerana Anggap Diri Bukan Lagi Selebriti

ADVERTISEMENT

Pelakon berbadan sado Ammar Alfian yang tidak lekang dari dihimpit kontroversi kini telah selamat melangsungkan penikahan dengan gadis cantik pilihan hati secara senyap pada 6 Mac yang lalu.

Menurut sumber wartawan Kosmo, Ammar kini dilihat lebih tenang dan tidak mudah marah seperti sebelumnya.

Ditanya kenapa Ammar tidak menghebahkan perkahwinannya, Ammar memberitahu bahawa perkahwinannya tidak perlu dihebahkan kerana menganggap dirinya bukan lagi seorang selebriti dan enggan terlibat dalam industri hiburan lagi.

Malah, Ammar juga memaklumkan bahawa dia dan isteri mahukan perkahwinan yang simple dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja serta mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Perkahwinan Ammar disambut baik oleh pengikutnya di Instagram malah mereka turut mendoakan semoga Ammar dan isteri berbahagia hingga ke syurga.

Ammar turut memaklumkan bahawa dia dan isteri akan kembali ke Australia selepas selesai majlis perkahwinannya kerana kini dia telah berhijrah ke sana.

OHMEDIA: KAMI MENDOAKAN AMMAR ALFIAN BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN BARU SEBAGAI SEORANG SUAMI DAN KETUA KELUARGA. MAY ALLAH BLESS YOU.

Semua orang suka makan tapi nak nampak cantik, so MEGA Festival 2016 ni merupakan gabungan antara festival fasyen dan…

Posted by Oh! Media on Thursday, March 10, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas