Connect with us

Oh! Media

Cari Penjenayah Sebenar, Bukan Siasat Pemberi Maklumat! AMK Sedia Tanggung Khidmat Guaman Untuk Asri

Ohmediapng

Umum

Cari Penjenayah Sebenar, Bukan Siasat Pemberi Maklumat! AMK Sedia Tanggung Khidmat Guaman Untuk Asri

Lagi perkembangan terbaru mengenai isu pendedahan video dari pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid apabila pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula tampil menawarkan khidmat guaman untuknya jika ada tindakan yang dikenakan keatasnya.

Berdasarkan kenyataan PDRM semalam, Asri Janggut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM. – Kata Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sekarang, Asri telah disiasat pihak polis mengenai video dan dakwaan yang dikeluarkannya. Video itu juga sebelum ini telah dianggap memfitnah pihak berkuasa.

Sepatutnya perlindungan harus diberikan kepada Asri kerana keselamatannya terancam sejak awal lagi. Akmal Nasrullah turut menggesa supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu dikaji semula dan ditambah baik agar orang ramai diberi jaminan untuk dilindungi dari penjahat.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan isu ini di Facebook Oh! Media.




🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas