Connect with us

Oh! Media

Amerika Syarikat Tangguh Keputusan Senarai Hitam Huawei Selama 90 Hari

Oh! Negara

Amerika Syarikat Tangguh Keputusan Senarai Hitam Huawei Selama 90 Hari

Selepas kecoh di media sosial berkenaan larangan Amerika Syarikat untuk berurusan dengan syarikat teknologi dari China, Huawei. Kini dikatakan pihak AS mengarahkan untuk melakukan penangguhan selama 90 hari ke atas larangan terbabit.

ADVERTISEMENT

Ini juga bermakna, Huawei akan mendapat lesen sementara untuk beroperasi bersama firma AS dan keputusan diambil bagi memberikan ruang untuk mengelakkan sebarang gangguan besar-besaran.


“Lesen am sementara itu bagi memberi masa kepada pengendali untuk membuat pengaturan lain dan (memberi) ruang kepada jabatan untuk menentukan langkah-langkah jangka panjang yang sesuai untuk AS dan penyedia telekomunikasi asing yang kini bergantung pada peralatan Huawei untuk perkhidmatan kritikal,” kata Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross.

“Lesen ini akan membolehkan operasi berterusan untuk pengguna telefon pintar Huawei sedia ada dan rangkaian jalur lebar luar bandar,” katanya.

Untuk perngetahuan korang, AS dilihat terpaksa mengambil keputusan menyenarai hitam Huawei kerana kedua-dua ekonomi terbesar di dunia itu terbabit dalam perangan tarif yang disifatkan pegawai AS sebagai amalan perdagangan tidak adil China.

AS percaya telefon pintar Huawei dan peralatan rangkaian boleh digunakan China untuk mengintip rakyat AS, tuduhan yang berulang kali dinafikan Huawei.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas