Connect with us

Ambil Berkat Barangan Nabi SAW

Umum

Ambil Berkat Barangan Nabi SAW

Soalan:
Bolehkah kita bertabarruk yakni mengambil berkat dengan barang peninggalan Nabi saw seperti rambut baginda atau pergi ke tempat yang pernah Nabi saw pergi kerana mengambil keberkatannya?
Jawapan:
Berkata Imam Nawawi: “Bermula segala hadith ini menjadi dalil harus bertabarruk dengan kesan-kesan Nabi saw dan dengan barang yang pernah Nabi saw memegangnya atau memakainya atau yang bersebab darinya.
Dan ini adalah seumpama perkara yang telah ijma’ manusia atasnya dan telah sepakat oleh para salaf dan khalaf atas harusnya bertabarruk dengan bersolat pada tempat bersolat oleh Rasulullah saw pada Raudhah yang mulia itu. 
Dan masuk ke gua yang telah masuk ke dalamnya oleh Rasulullah saw dan lain dari yang demikian itu.
Termasuk perkara tabaaruk ini ialah pemberian Nabi saw rambutnya kepada Abu Talhah r.a. supaya Abu Talhah r.a.  mebahagi-bahagikannya antara manusia.
Dan Rasulullah saw memberikan kain sarungnya supaya dijadikan kain kafan bagi puterinya r.a.
Dan menjadikan pelepah tamar dua keratan di atas dua kubur yang penghuninya sedang diazab.
Dan menyimpan oleh anak perempuan Milhan r.a. akan peluh Nabi saw.
Dan para sahabat masing-masing berlumba mengambil air bekas Nabi saw berwudhu’.
Dan para sahabat menyapu air liur Nabi saw pada wajah mereka dan yang seumpamanya yang banyak lagi masyhur pada hadith-hadith yang sahih.
Semuanya ini adalah sangat jelas yang tidak diragukan lagi padanya.”
(Kitab Syarah Sahih Muslim, Juz 13, m.s. 178)
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top