Connect with us

Oh! Media

Alya Iman Sedih Digelar Perempuan Murahan

Oh! Artis

Alya Iman Sedih Digelar Perempuan Murahan

Pelakon baru, Nur Alya Iman Azmil atau lebih dikenali sebagai Alya Iman berusia 19 tahun akui berasa sedih dengan segelintir warganet apabila melabelkan dirinya sebagai perempuan murahan.

ADVERTISEMENT

Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal. Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat. Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya. Saya perlu minta kebenaran dulu untuk cuti berlakon atau modelling. 

Menurut Astro Gempak, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha berkata di sebalik kontroversi yang sedang melanda pada dirinya, dia percaya bahawa semua ini ada hikmahnya.

Saya bersyukur ada rakan sekerja yang sentiasa menyokong. Lebih-lebih lagi dengan kontroversi yang melanda. Saya percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma saya khuatir kalau ini boleh jejaskan rezeki saya dalam lakonan dan modelling. Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini.

Sebelum ini, Alya pernah terpalit dengan kontroversi apabila sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang sehingga isteri individu tersebut membongkarkannya. Kini, Alya mempunyai pengganti baru dengan duda anak dua.

OHMEDIA: TAK BAIK TAU PANGGIL ORANG LAIN MACAM TU.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas