Connect with us

Oh! Media

Almarhum Sultan Ismail Petra Berjiwa Rakyat

473695jpg

Oh! Negara

Almarhum Sultan Ismail Petra Berjiwa Rakyat

Pada jam 8.11 pagi tadi, Ayahand Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra telah mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menurut laporan di laman facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dilakukan istiadat penghormatan kali terakhir di Istana Balai Besar.

Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan, katanya.

Sultan Ismail Petra sesungguhnya amat dekat di hati rakyat Kelantan dan baginda merupakan Sultan Kelantan Ke-28 yang memulakan pemerintahan pada 30 Mac 1980 sebelum memberikan kuasa pemerintahan kepada putera sulungnya, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V pada September 2010.

Pengumuman kemangkatan Baginda hari ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu sidang akhbar khas di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

IKLAN




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Public


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas