Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Nangis Teresak-Esak Depan Ustaz Ebit Lew

Umum

Aliff Aziz Nangis Teresak-Esak Depan Ustaz Ebit Lew

Baru-baru ini panas betul kontroversi tentang Aliff Aziz ya? Macam-macam gosip panas. Tambah pula dia dan Bella Astillah baru je bercerai pada 16 Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sebuah video melalui laman Instagramnya berjumpa dengan Aliff Aziz di Singapore sehingga menjadi perhatian netizen. Mana taknya, dalam video tu Aliff menangis teresak-esak mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya.

Sebak tadi. Semalam dari Tapah Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #doorToDoorEbitlew untuk ziarah dakwah perkongsian dengan Aliff Aziz. Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi. Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. . Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya. Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis . Boleh tengok full video dakwah dan perbualan di youtube ebitlew. Klik link di bio #subscribeYouTubeEbitLew #fullvideo www.keluargasunnah.com #jomDaftarkeluargasunnah #tourNegeriOktober2019 #ebitlew #ustazebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi ‘asbab’ kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual. Saya tanya (kepadanya) jika hari ini adalah hari terakhir. Tiada esok, tiada lusa. Apa (dia) nak cakap kepada yang disayangi dan anak yang sangat ‘cute’. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak. Syukur dengar Aliff kini yang menjaga solat, mula hafal al-Quran. Nenek dan datuknya orang sangat baik. Begitu juga mak dan ayahnya. Tadi, banyak soalan agama daripadanya. Setiap manusia diuji Allah.

Ustaz Ebit Lew sangat kagum dengan Aliff sebab dia dah mula mendekatkan diri dengan Allah dan akan berusaha menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah. Semoga Aliff terus beristiqamah ya?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas