Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Bakal Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz?

Umum

Bella Astillah Bakal Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz?

Makin lama makin lawa pula si Bella Astillah ni kan lepas dia bercerai? Memang tak putus-putus rezeki dia dapat tawaran berlakon dan bernyanyi. Haa modelling pun ada tau. Orang kata perempuan kalau nak move on memang lawa semacam tau.

ADVERTISEMENT

For your information gais, Bella tak nak memberi komen pun pasal nak rujuk semula dengan bekas suaminya, Aliff Aziz walaupun diorang masih berhubung tau. Come on gais, dia ada anak mestilah anak dia rindu nak cakap dengan daddy dia.

Korang pun tak boleh lah nak kawal life Bella sebab korang bukannya Tuhan kan? So biar lah Bella nak buat apa sekalipun asalkan dia happy. Betul tak? Dan kita tak boleh juga sampai bila-bila nak buruk sangka terhadap Aliff Aziz.

Mungkin dia dah berubah dan menyesal apa yang dia dah buat? Semua orang berhak dapat peluang untuk memperbaiki diri termasuklah korang sendiri. Tipulah kalau korang tak pernah buat salah selama korang hidup. Hehehe.

Selepas tiga bulan bercerai, Aliff masih ada menghubungi saya dan biasanya bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa. Soal dia pujuk saya untuk rujuk semula itu privasi, saya tak bersedia untuk bercerita mengenai perkara itu. Saya selalu percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh-puluh tahun pun. Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu. Sebenarnya saya sudah memaafkan, itu yang membuatkan saya kuat. Ia perlahan-lahan membuatkan saya rasa tenang, tiada rasa sakit hati dan benci pun hilang. Tak mudah nak move on terutama bagi pasangan yang terlalu rapat macam saya dan bekas suami. Tetapi pilihan kita untuk terus bersedih atau ceria dan saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada keluarga dan anak. Setiap kali rasa sedih, saya akan memandang wajah Ayden. Kadang-kadang sebenarnya saya sendiri terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bersedih pun.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas