Umum
Aliff Aziz Akui Bella Anugerah Allah Paling Indah Dalam Hidupnya

Selepas sebulan Aliff Aziz melafazkan talak terhadap isterinya Bella Istillah, kini Aliff dilihat seperti memberi bayangan untuk menarik semula hati bekas isterinya itu.
Ini dapat dilihat apabila Aliff Aziz telah memuat naik satu gambar lama di Instagram miliknya yang menunjukkan gambar perkahwinan dia dan Bella pada 9 September 2016. Alif menulis panjang lebar yang menganggap Bella adalah anugerah Allah yang paling bermakna dalam hidupnya.
Akui akan mengubah segalanya jika boleh putar waktu.
Bella yang dikatakan sentiasa berada disisinya dalam susah dan senang itu memhuatkan Aliff Aziz mahu mengubah segala kesilapannya jika dapat diundurkan waktu.
Namun segalanya sudah terlambat. Ini adalah pengajaran kepadanya kerana tidak bersyukur dan lalai dengan nikmat yang diberikan. Saat diuji sebegini, dia sebagai Hamba berpaling kepada Allah dan mahu kembali ke jalan yang benar.
Aliff Aziz juga menjangkakan pasti mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen tetapi dia hanya mampu memohon maaf dan meminta agar didoakan yang baik-baik. Aliff Aziz juga dilihat berazam untuk mendai seorang bapa dan suami yang baik jika diberikan peluang.
Dah rindu lettew…. – Netizen


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
