Connect with us

Oh! Media

Alif dan Raihan Kembali Tarik Perhatian Peminat Nasyid

Alif raihan headerjpg

Umum

Alif dan Raihan Kembali Tarik Perhatian Peminat Nasyid

Kemunculan kembali kumpulan nasyid Raihan bersama penyanyi popular Alif Satar dilihat telah mendapatkan sambutan dan sokongan yang hebat daripada penggemar seni muzik serta dilihat ramai yang merindui kumpulan ini yang pernah menghiburkan kita dengan lagu-lagu mereka yang penuh makna.

Apa yang menarik adalah, lagu ciptaan sepenuhnya ustaz Nazries Johanie turut berjaya menarik minat bukan Islam sejak ia mula dikongsi di YouTube pada 9 Mei lalu.

Hasil pemantauan kami, lagu Sesungguhnya telah mendapat 4.3 juta tontonan dan kini masih berada di tempat kedua trending.

IKLAN


“Saya sendiri tidak menyangka lagu yang pernah dimuatkan dalam album Puji-Pujian ini akan turut digemari kelompok peminat bukan Islam. Saya jadi takjub dan kagum apabila melihat serta membaca komen positif mereka terhadap lagu duet kami.

“Jujurnya, saya masih terasa seperti bermimpi apabila berpeluang merakamkan lagu secara duet dengan legenda nasyid itu. Sememangnya, Raihan adalah kumpulan yang saya cukup kagumi sejak kecil.

“Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik,” kata bakat yang dicungkil daripada pertandingan One in a Million ini.

Alif juga berkata dia amat teruja untuk bersama sebuah kumpulan yang masih memegang rekod jualan album tertinggi negara dan dianggap sebagai ‘rockstar’ dalam industri nasyid. Buat korang yang masih belum menonton lagu-lagu Nasyid Raihan versi 2019 bersama Alif Satar, bolehlah layan sekarang dan pasti ia akan amat menyenangkan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas