Connect with us

Oh! Media

Alangkah Baiknya Sekiranya Kenyataan Sebegitu Dikeluarkan Lebih Awal – Tuan Ibrahim

Oh! Negara

Alangkah Baiknya Sekiranya Kenyataan Sebegitu Dikeluarkan Lebih Awal – Tuan Ibrahim

Pas menyambut baik keputusan tepat kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

ADVERTISEMENT

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dianggap sebagai berita menggembirakan rakyat.

“Alangkah baiknya kalau kenyataan menolak ICERD ini dikeluarkan lebih awal, sebelum ia jadi polemik.

“Apa-apa pun terima kasih Perdana Menteri kerana mendengar suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hari ini Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengumumkan perkara tersebut dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas