Connect with us

Oh! Media

Al Jazeera Kecam Tindakan PDRM Lakukan Pemeriksaan Mengejut Ke Pejabat Mereka

Umum

Al Jazeera Kecam Tindakan PDRM Lakukan Pemeriksaan Mengejut Ke Pejabat Mereka

Nampaknya pihak penyiaran antarabangsa, Al Jazeera menyatakan rasa berang mereka apabila pihak PDRM melakukan pemeriksaan mengejut ke ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur semalam.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pihak Al Jazeera yang turut memaklumkan dua unit komputer mereka dirampas dan tujuh kakitangan mereka dirakam keterangan oleh pihak polis.

Pemeriksaan mengejut ini susulan kes pengeluaran satu video dokumentari Covid-19 di Malaysia yang dilihat berat sebelah dan berniat untuk menunjukkan imej buruk kepada Malaysia.

Bagaimanapun, dakwaan ini ditepih pihak Al Jazeera yang mengatakan mereka ada hak untuk melaporkan perkara yang benar.

Kami berdiri teguh di belakang wartawan dan laporan kami. Pekerja kami hanya menjalankan tugas mereka dan mereka tiada apa untuk dijawab atau dimohon maaf. Kewartawanan bukan satu jenayah. – Kata Pengarah Urusan Al Jazeera English Giles Trendle.

Sebelum ini pihak polis turut telah berjaya menahan Rayhan Kabir yang turut memberikan kenyataan yang kurang jelas semasa ditemubual oleh pihak Al Jazeera.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan Al Jazeera di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas