Connect with us

Oh! Media

Al Azhar Tarik Semula Keputusan Singkir Pelajar Wanita

Umum

Al Azhar Tarik Semula Keputusan Singkir Pelajar Wanita

Universiti Al Azhar yang sebelum ini telah menyingkirkan seorang pelajar wanita kerana dilihat memeluk seorang lelaki di dalam satu video terpaksa membatalkan keputusan itu kerana campur tangan seorang ulama terkemuka negara itu.

Ulama itu ialah imam besar Al Azhar, Ahmed Al Tayeb yang menggesa lembaga disiplin supaya menimbang semula hukuman berkenaan.

Berikutan itu, selepas mengadakan mesyuarat semalam, lembaga disiplin memutuskan untuk membatalkan keputusan awal berkenaan, namun sebaliknya, mengambil keputusan untuk melarang pelajar perempuan itu adalah menduduki separuh daripada peperiksaannya.

“Penarikan keputusan itu juga dibuat selepas pelajar berkenaan melahirkan rasa kesal mengenai kejadian itu dan berjanji untuk mematuhi peraturan dan etika yang sudah ditetapkan,” kata universiti itu dalam satu kenyataan.

Oh Media: Bagi kami pihak Universiti pasti boleh menggunakan pendekatan yang berlainan kerana jika pelajar berkenaan dibiarkan begitu dan disingkirkan, ia pasti memberikan tekanan dan mengundang bertindak di laur kawalan. Oleh itu, kita harus mendekati dan mengingatkan agar perkara yang sama tidak berulang dan menjadi pengajaran buat semua.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top