Connect with us

Akuan Bersumpah, Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya, Namun Kesahihannya Diragui!

Umum

Akuan Bersumpah, Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya, Namun Kesahihannya Diragui!

Sumber gambar dari Google

First Ohmedia baca cerita ni, bercampur baur rasanya, macam baca novel penyiasatan. Hampir 10 minit juga Ohmedia baca nak hadam satu persatu cerita atau akuan bersumpah dari seorang Unit Tindakan Khas, SD Azilah Hadri mengenai pembabitanya dalam kes pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibu 13 tahun lepas.

Dalam akaun bersumpah, jelas terlihat pembabitan TPM ketika itu, Dato Seri Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Berdasarkan akuan bersumpah ini jelas menunjukkan bahawa Azilah dan Sirul Azhar hanya menurut arahan yang diberikan memandang ketika itu Dato Seri Najib menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan ketika itu.

Namun ada juga yang mempertikai kesahihan akuan berkenaan. Dipetik dari Suara Merdeka, menurut seorang Peguam, Shamsher Singh Thind berkata arahan melupus musuh tidak boleh dikeluarkan oleh seorang timbalan perdana menteri, kerana arahan melupus hanya boleh diterima dari  pegawai atasannya sahaja. Apapun ceritanya, Ohmedia harap pesalah tetap dihukum dan diberi hukuman yang setimpal.

Sumber: Awani


+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top