Connect with us

Oh! Media

Aksi Longlai Ketika Bertemu UAE, Peminat Gesa Lucut Kerakyatan De Paula

Oh! Tidak

Aksi Longlai Ketika Bertemu UAE, Peminat Gesa Lucut Kerakyatan De Paula

Awal pagi tadi kita disajikan dengan perlawanan antara Malaysia melawan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang mana pasukan tanah air terpaksa akur dengan kekalahan besar 0-4.

ADVERTISEMENT

Aksi yang ditunjukkan oleh pemain Harimau Malaya sedikit goyah menyebabkan peminat berasa kecewa dan marah lebih-lebih lagi kepada pemain naturalisasi, Guilherme De Paula yang menjadi sasaran utama kecaman peminat akibat aksi yang longlai ditunjukkan beliau.

Menurut laporan Berita Harian, rata-rata peminat bola sepak tanah air menganggap pemain kelahiran Brazil itu beraksi secara tidak bersungguh-sungguh dalam aksi penting menentang UAE sehingga ada peminat yang melabelnya sebagai seorang ‘pemalas’ di atas padang.

Berhubung dengan itu, terdapat juga netizen yang meminta supaya De Paula dilucutkan kerakyatannya selain turut mendesak jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menggunakan pemain lain yang lebih bersemangat tinggi untuk mewakili Malaysia.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyunting gamabr De Paula dengan menggunakan gambarnya sebagai barang jualan di portal e-dagang terkemuka, Shopee dengan harga RM2.76.

Komen-komen yang dilemparkan oleh netizen ini sudah cukup membukti bahawa peminat berasa pemain naturalisasi itu tidak mencapai standard yang diinginkan selain turut dilihat tidak mempunyai ciri-ciri pemain yang ingin bermain untuk negara ekoran aksi longainya di atas padang.

Ramai juga netizen yang bersetuju aksi Syafiq Ahmad dianggap lebih agresif dan memiliki semangat yang tinggi berbanding De Paula.

Malaysia kini menduduki kedudukan ke-4 dalam kumpulan G selepas mengumpul 9 mata selepas 6 perlawanan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas