Connect with us

Oh! Media

Penyokong Harimau Malaya Buat Rakyat Malaysia Emosi, Tiada Istilah Kekurangan Pada Diri!

Harimau Malaya, Malaysia, Piala Asia 2023 Qatar, penyokong buta

Oh! Inspirasi

Penyokong Harimau Malaya Buat Rakyat Malaysia Emosi, Tiada Istilah Kekurangan Pada Diri!

Disebalik kisah suka dan duka yang dialami oleh Harimau Malaya di pentas tertinggi Asia, ada juga kisah yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi peminat setia Harimau Malaya. 

ADVERTISEMENT

Siapa sangka walaupun dengan kekurangan upaya, seorang lelaki ini sanggup hadir ke Qatar bagi memberi sokongan padu buat para pemain. 

Dari Perak Ke Qatar: Demi Malaysia

Bagi sesetengah peminat bola sepak Malaysia, ianya sukar untuk mereka menghadirkan diri ke negara timur tengah ini atas sebab tertentu.

Namun tidak bagi Muhammad Ridzwan yang berasal dari Perak ini sanggup mengorbankan masa dan wang bersama abangnya, Raff Iskandar, hanya untuk memberi sokongan buat pasukan bola sepak tercinta. 

https://twitter.com/nazrinarifs15/status/1747258177752809975?t=HUjYawlZM4aS7QL6AmWmgw&s=19

Mereka yang hadir ke Qatar ini bakal menyaksikan keseluruhan perlawanan kumpulan yang melibatkan Malaysia. 

Dengan bantuan yang diberikan oleh abangnya melalui simulasi menggunakan tangan sudah cukup memberi bayangan buat Ridzwan untuk menikmati keindahan perlawanan bola sepak. 

Hadir Untuk “Mendengar” Malaysia Menang

Harimau Malaya, Malaysia, Piala Asia 2023 Qatar, penyokong buta

(Kredit: FAM) 

Bagi peminat Harimau Malaya yang datang ke Qatar ataupun menonton di rumah, ingin menyaksikan Malaysia mendapat kemenangan pertama di pentas Asia. Namun sebaliknya buat Ridzwan, dia ingin mendengar pasukan Harimau Malaya menang di Qatar. 

Walaupun mempunyai masalah penglihatan sejak kecil lagi, tidak menghalang Ridzwan untuk terus memberi sokongan buat Malaysia sama ada di dalam ataupun luar negara. 

Sebagai peminat setia Harimau Malaya, Ridzwan menunjukkan semangat cinta akan negara tanpa mengenal erti penat mahupun kekurangan diri yang ada pada dirinya. Sentiasa berada di belakang pemain tidak kira tewas mahupun menang, setia menjadi pemain ke-12 Malaysia. 

Peluang Seumur Hidup 

Harimau Malaya, Malaysia, Piala Asia 2023 Qatar, penyokong buta

(Kredit: FAM)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang peka akan kehadiran mereka telah memberi peluang seumur hidup buat Rizwan bersama abangya untuk bertemu dengan presiden FAM,  jurulatih serta para pemain Malaysia. 

Harimau Malaya, Malaysia, Piala Asia 2023 Qatar, penyokong buta

(Kredit: FAM)

Ia merupakan peluang keemasan buat Ridzwan walaupun dirinya tidak dapat melihat idolanya, namun dapat merasai kegembiraan serta berkongsi semangat juang bersama pemain Malaysia untuk terus memberikan aksi yang terbaik sepanjang perlawanan di Piala Asia. 

“Saya tak pernah terfikir akan dapat peluang macam ini, saya tak tahu nak cakap apa. Cuma saya nak ingatkan bahawa orang nak tengok Malaysia menang tapi saya nak dengar Malaysia menang” 

Bagi penulis, sikap yang ditunjukkan oleh Ridzwan ini patut dicontoh dan menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia. Setiap kekurangan itu dapat diatasi sekiranya kita betul-betul mahu mengubahnya. 

Selain itu, sentiasa memberi 100% dalam apa jua bidang yang diceburi mahupun minat yang disukai. 

Untuk maklumat korang, perjalanan pasukan bola sepak Malaysia di Piala Asia 2023 Qatar sudah berakhir. Malaysia menamatkan di tangga ke-4 kumpulan E dengan membawa pulang 1 mata hasil seri dengan Gergasi Asia, Korea yang berada di ranking 25 dunia. 

Aksi perlawanan yang cukup dramatik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan Gon, berjaya mengikat pasukan Taeguk Warriors dengan keputusan penuh 3-3 meraih perhatian orang ramai termasuk perbadanan bola sepak dunia (FIFA).

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas