Connect with us

Oh! Media

TMJ Dedah Kriteria Bakal CEO Pasukan Harimau Malaya

Ohmedia copy of Untitled Design 56

Oh! Arena

TMJ Dedah Kriteria Bakal CEO Pasukan Harimau Malaya

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atau lebih mesra dikenali dengan panggilan TMJ telah mendedahkan kriteria bakal ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ (CEO) pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang akan di revolusikan bermula tahun depan.

Menerusi Instagram story rasmi TMJ, beliau telah menyatakan bahawa pemilihan calon CEO hampir selesai dan memberitahu dengan terperinci huraian kerja jawatan tersebut.

Perlu mahir segala aspek termasuk bidang komersial

2995920

TMJ berkata, CEO pasukan kebangsaan mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.

IKLAN

Beliau (CEO) mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.-Katanya

Selain itu, TMJ menegaskan bahawa bakal CEO perlu berperanan sebagai penasihat kepada liga, khususnya dalam merangka dasar-dasar yang mampu secara langsung atau tidak langsung memperkukuhkan kedudukan pasukan kebangsaan.

TMJ percaya liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan ‘standard’ bola sepak Malaysia.

Mempunyai ‘Networking’ yang luas

Snapinstaapp 470158483 1149990369799862 3522748757193574815 n 1080

TMJ turut menyatakan bakal CEO ini perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.

Siapakah bakal CEO tersebut? kita nantikan pengumumnya tidak lama lagi.

Ohmedia copy of Untitled Design 56

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: hrhcrownprinceofjohor


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas