Connect with us

Akon Sedang Bangunkan Akon City Di Senegal Menyerupai Kemajuan Wakanda

Umum

Akon Sedang Bangunkan Akon City Di Senegal Menyerupai Kemajuan Wakanda

Korang masih ingat dengan penyanyi Akon yang popular pada tahun 2005 dengan lagu Lonely? Lama juga rasanya tak dengar perkembangan Akon ni kan? Tapi baru-baru ini secara tiba-tiba Akon buat satu pengumuman yang bakal membangunkan bandar Senegal dengan membangunkan Akon City.

Apa yang lebih menarik, Akon City ini akan dibangunkan mengikut kemodenan yang dapat kita lihat di dalam filem Black Panther di Wakanda. Wow! Nampaknya bandar fantasi yang hanya dapat dilihat di dalam filem bakal direalisasikan.

Perkara ini turut disahkan Akon sendiri di laman Twitternya yang telah menandatangani perjanjian pembangunan bandar tersebut.





Amacam? Menarik kan? Bukan tu jer gais, Akon City dengan keluasan 2,000 ekar ini akan gunakan matawang sendiri yang dikenali sebagai Akoin yang merupakan kripto yang diilhamkan oleh Akon sendiri.

Saya yang hasilkan konsep ini dan dari segi teknologi, saya berikan para ‘geek’ untuk fikirkan caranya. – Kata Akon yang tidak mahu menjadi pelopor untuk teknologi yang digunakan.

Jadi tahniah Ohmedia ucapkan kepada Datuk Bandar Akon dan harap tak lonely lagi lepas ni. Nah korang layanlah lagu Lonely ni, mesti dah lama tak dengar kan?




+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top