Connect with us

Oh! Media

Akibat Tidak Mengiktiraf Cuti Umum Pertabalan Agong, Sebuah Syarikat Akan Disiasat Oleh Kementerian

Umum

Akibat Tidak Mengiktiraf Cuti Umum Pertabalan Agong, Sebuah Syarikat Akan Disiasat Oleh Kementerian

Sumber : THE JOHORean

Jika masih ingat lagi, bulan lalu kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara bagi acara pertabalan Yang Dipertuan Agong. Bagaimanapun masih terdapat syarikat swasta di Johor Bahru tidak mengiktiraf cuti berkenaan.

ADVERTISEMENT

Melalui surat yang dikeluarkan, dengan alasan telah mewartakan cuti umum 11 hari sebelumnya, syarikat berkenaan telah memutuskan bahawa mereka tidak memilih cuti umum pertabalan Yang Dipertuan Agong sebagai salah satu cuti umum mereka.

Bertindak dengan lebih tegas, syarikat berkenaan akan mengeluarkan amaran sekiranya ada pekerja mereka yang tidak hadir tanpa sebab. Syarikat tersebut juga mengatakan, mereka tidak melayan sebarang cuti umum yang akan dilakukan oleh kerajaan selepas ini, kerana cuti yang telah disusun oleh mereka adalah muktamad.

Sumber: Awani

Kementerian Sumber Manusia akan menyiasat perkara ini berhubung kesahihan surat yang tular di media sosial berkenaan. Menurut kementerian, jumlah keseluruhan hari cuti umum berbayar bagi para pekerja pada tahun 2019 adalah berjumlah dua belas (12) hari, ini bermakna masih ada baki satu hari cuti untuk digunakan oleh syarikat berkenaan.

Sumber : Awani


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas