Connect with us

Oh! Media

Akibat Fitnah, Blogger Merayu Mohon Maaf

Umum

Akibat Fitnah, Blogger Merayu Mohon Maaf

Seorang blogger dikenakan tindakan undang-undang akibat tindakannya menulis artikel berbaur fitnah terhadap satu jenama kosmetik popular, Wonderglow Supremacy.

ADVERTISEMENT

Artikel yang ditulis oleh blogger yang dikenali sebagai Farizah Arabak itu telah menjadi viral sehingga menyebabkan impak negatif dan kerugian besar kepada jenama tersebut. Malah kesan daripada penyebaran fitnah itu telah membuatkan kepercayaan kepada jenama Wonderglow tergugat. Bukan sahaja pelanggan malahan para rakan niaga dan pelabur turut merasakan tempias fitnah tersebut.

Setelah penyelesaian di luar mahkamah gagal, pihak Wonderglow Supremacy terpaksa mengenakan saman dan tindakan undang-undang terhadap Farizah Arabak.
Beliau telah diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk:

1) Membuat kenyataan maaf secara terbuka
2) Memulihkan semula nama baik Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn. Bhd melalui blog beliau.
3) Mengikut promosi pihak Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn. Bhd.
4) Membayar ganti rugi yang ditetapkan oleh mahkamah.

Namun apa yang menariknya, pihak Wonder Glow Supremacy juga berbesar hati menawarkan blogger tersebut menjadi rakan niaga produk Wonder Glow cosmetics (M) Sdn Bhd. Sehubungan dengan persetujuan dan penyelesaian ini, Majlis Kesyukuran Wonder Glow Supermacy telah diadakan sebagai merakamkan rasa syukur.

MAJLIS TAHLIL DAN KESYUKURAN 

Majlis Kesyukuran Wonder Glow Supermacy telah diadakan di Restoren Rebung, Taman Botani, Kuala Lumpur dengan kehadiran pemilik restoran itu sendiri iaitu Datuk Chef Ismail Ahmad.

Majlis tahlil juga diadakan untuk salah seorang sahabt dan pegawai di unit rawatan wajah, Allahyarham Azza Zakaria yang meninggal 2 Januari lalu kerana masalah jantung. Turut diraikan sejumlah anak-anak yatim dari Pusat Penjagaan Baitul Hidayah dan rakan-rakan artis seperti Rohana Jalil, Ayu Damit (OIM) dan ramai lagi serta para media.

“Majlis ini diadakan bagi merakamkan rasa syukur atas perniagaan syarikat yang kembali mennjukkan pretasi yang baik setelah pernah tergugat dek dugaan, sesudah cuba mencari jejak bisnes,  tiga tahun lalu.

“Syukur, hari ini blogger tersebut sudi hadir membuat kenyataan maaf dan bersama-sama kami pada majlis yang turut dihadiri  anak-anak yatim. Syukur saya rasakan meihat hajat dirancang bertujuan amal ini berjalan dengan lancar.”

“Mengenai kehadiran Fariza memohon maaf pada  majlis ini, bukanlah kami riak nak berbangga diri. Sebenarnya kami ingin suasana keruh dijernihkan dan beliau sudah melakukan apa sebaik-baiknya.” – Datuk Ryzal

Mengakhiri ucapannya, dengan izin Allah beliau merancang membawa staf pejabat dan rakan kenalan yang sudi untuk sama-sama mengerjakan umrah pada bulan Mac nanti. Beliau merancang juga merancang untuk membawa stokis yang berjaya dalam jualan pula di masa akan datang.

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA OLEH BLOGGER FARIZA ARABAK

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Ryzal Jamaludin kerana memberi peluang untuk saya membuat permohanan maaf secara terbuka di hadapan para media yang ada hari ini. Saya akui kesalahan diri dan saya ingin memohan maaf kepada kepada Datuk  atas kenyataan negatif yang pernah  saya keluarkan di laman blog sendiri dua tahun lalu.”

“Kesilapan memberi pengajaran buat saya dan setiap apa yang berlaku saya percaya ada hikmahnya. Mungkin pada ketika itu, saya menulis dengan keadaan marah dan tidak mengawal emosi saya menyebabkan `makan diri sendiri.’

“Bukan niat saya untuk memburukkan produk ini tetapi disaat itu saya mahu meluahkan apa yang saya rasa. Tetapi saya silap dengan melakukan perkara itu tanpa berfikir dan beremosi. Pengajaran buat saya dan penulis-penulis lain, jika mahu menulis atau melakukan sesuatu perkara itu perlulah berfikir panjang dahulu. Usah ikut rasa geram.”

“Selain itu, janganlah hanya menulis perkara-perkara yang negatif atau membuat perbandingan yang negatif. Apa yang kita tulis itu akan memberi kesan kepada pihak yang mengeluarkan produk itu.”

Majlis diakhiri dengan sedikit sumbangan kepada para anak yatim, persembahan dari para penghibur juga kejutan majlis hari jadi yang ke-40 , Datuk Ryzal Jamaludin.

OHMEDIA: Alhamdulillah satu penyelesaian yang terindah telah dimenterai. Segalanya kini telah jelas. Sama-samalah kita mempelajari beberapa perkara di atas segala yang berlaku. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Nota: Penghakiman Persetujuan telah disahkan oleh Tetuan Nurliny & Azlinda, Penguamcara bagi pihak Wonderglow Supremacy.

+ Instaonline

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas