Connect with us

Oh! Media

Akibat Ber “Tik Tok” Waktu Praktikal, Dua Orang Pelatih Hospital Disingkir!

Ohmedia tiktok 1png

Umum

Akibat Ber “Tik Tok” Waktu Praktikal, Dua Orang Pelatih Hospital Disingkir!

Sumber : Awani

Seperti mana yang kita tahu, kerajaan India telah mengharamkan penggunaan aplikasi “Tik Tok” di negara mereka kerana aplikasi berkenaan cenderung mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti pedofilia, kandungan lucah dan buli siber. Namun masih ada rakyat mereka yang memuat turun dan menggunakan aplikasi berkenaan.

Terbaru, dua orang pelajar pelatih dalam jurusan fisioterapi disingkirkan dari menjalani program perantisanselama setahun disebuah hospital di India kerana video Tik Tok yang dibuat di jabatan fisioterapi hospital berkenaan.

Video berkenaan memaparkan dua pelajar masing-masing bernama M Shyam dan Veena Kumar kelihatan menari sambil menyanyikan beberapa buah lagu. Akibat dari perbuatan mereka, mereka digantung daripada mengikuti latihan atas alasan tingkah laku cuai mereka dan mereka dikehendaki kembali ke kolej masing-masing.

IKLAN



Sumber : Awani dan Awake Times

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas