Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Boeing Beri Amaran Kepada Semua Syarikat Penerbangan Yang Mempunyai Boeing 737 Max

Umum

Akhirnya Boeing Beri Amaran Kepada Semua Syarikat Penerbangan Yang Mempunyai Boeing 737 Max

Berikutan dengan nahas yang menimpa pesawat Lion Air yang terhempas dan mengorbankan ke semua penumpang dan anak kapal, Boeing yang merupakan syarikat pengeluar pesawat terbabit akhirnya mengeluarkan amaran kepada semua syarikat penerbangan dan juruterbang yang mengendalikan pesawat baru berkenaan iaitu Boeing 737 MAX.

ADVERTISEMENT

Boeing turut mengeluarkan panduan dan mengkehendaki semua juruterban mengikuti langkah terbabit sekiranya berhadapan masalah bacaan tidak tepat daripada sensor-sensor pesawat terbabit.

Apabila keadaan tersebut berlaku, sistem pesawat mungkin secara salah telah menafsir data-data berkenaan sebagai situasi ‘aerodynamic stall’, sekaligus cuba memperbetulkan kedudukan secara automatik termasuklah menghalakan muncung pesawat ke arah bawah.

Turut dimaklumkan, buat masa sekarang, sejumlah 200 buah pesawat jenis ini diguna pakai di seluruh dunia dan pelbagai syarikat. Harap ia diambil serius dan langkah berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas