Connect with us

Oh! Media

Ajak Shiro Bengang Orang Libatkan Anaknya

Umum

Ajak Shiro Bengang Orang Libatkan Anaknya

Adoi korang ni, nak bergurau atau mengecam pun, berpada-padalah dan jangan sampai melibatkan orang yang tak bersalah. Lagi-lagi bila korang libatkan keluarga. Ini berlaku kepada pelawak dan pengacara, Ajak Shira yang ternyata berang apabila ada seorang pengguna Instagram dengan nama Aaasin Comel telah mengeluarkan perkataan lucah terhadap anaknya.

ADVERTISEMENT

Ajak bagaimanapun tidak kisah sekiranya dia dikecamm tetapi tidak boleh menerima apabila ia melibatkan keluarga dan anaknya sendiri.

Mamat ni panggil aku pund*k dalam video aku dengan anak aku tadi. Kecam aku sudahlah. Anak aku kau nak kecam dah kenapa. Sapa dapat dia aku bagi RM500, dm aku sekarang. Buat @aasincomel kau tunggu kejap. tulisnya Ajak.

Tetapi, selepas itu Ajak kembali dengan lebih tenang dan memohon maaf kerana bersikap mengikut emosi.

Assalamualaikum saya Ajak. Saya ingin meminta maaf kerana bersikap ‘rakus’ tadi untuk mencari budak, Aasin Comel. Sekarang ini selepas tengok hujan dah turun, jerebu makin elok, anak saya sudah boleh main basikal, saya maafkan Aasin. Lain kali jaga bahasa. Jangan sesuka hati panggil orang dengan panggilan ‘pun…’ sebab kita boleh buat benda yang sama tetapi tak nak melakukannya,” katanya menerusi sebuah video.

Ajak juga sempat memberikan nasihat kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memantau tingkah laku anak-anak kerana dia juga mempunyai anak dan takut sekiranya anaknya juga terikut-ikut dengan menggunakan bahasa yang lucah dan tidak sopan.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas