Connect with us

Oh! Media

Air Percuma Akan Diteruskan Hanya Untuk Golongan B40

Oh! Negara

Air Percuma Akan Diteruskan Hanya Untuk Golongan B40

Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa skim pemberian air percuma negeri itu akan diteruskan, namun ia hanya kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, pemberian air percuma di Selangor akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Katanya, golongan B40 itu adalah mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih.

“Kerajaan Selangor akan membuat penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma dengan tumpuan diberi kepada kumpulan sasar yang berada dalam golongan B40.

“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai bantuan air percuma ini,” katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2019 di sini, hari ini.

Buat masa ini, pihak kerajaan negeri tidak dapat menentukan kadar tarif air kerana ia bergantung kepada perbincangan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta faktor keadaan semasa.

“Kita masih tidak dapat tentukan jumlah penerima di bawah B40 selain perkara ini perlu dibincang dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor),” katanya.

Peruntukan untuk skim air percuma itu membabitkan dana sebanyak RM80 juta selepas penjajaran dibuat dan dengan tindakan itu, pihaknya dapat membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas