Connect with us

Oh! Media

Aidil dan Fasha Kongsi Berita Gembira di Bulan Ramadan

Umum

Aidil dan Fasha Kongsi Berita Gembira di Bulan Ramadan

Selepas melangsungkan pernikahan pada 30 Mac lalu, pasangan selebriti Aidil Aziz dan Fasha Sandha menerima khabar gembira di bulan Ramadhan apabila dikatakan kini telah berbadan dua.

Aidil yang berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya menulis “Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri.”

Antara coretan Fasha yang ditujukan kepada Aidil, berbunyi:

IKLAN


“Insya-Allah, jika Allah izinkan baby #aidilfasha akan berjumpa kita pada 2 April 2020.

“Saya cinta kamu.”

Fasha turut berharap kehamilannya kali ini dipermudahkan.

“Selamat maju jaya untuk kamu (suami) dalam menjaga ibu yang sedang hamil,” katanya.

Aidil dalam masa yang sama mengharapkan anaknya dapat dilahirkan pada ulang tahun perkahwinan mereka pada 11 Fabuari. Semoga semuanya berjalan lancar buat kamu berdua.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas