Connect with us

Oh! Media

“Kalau Betul FINAS Mahu Keluarkan Syarat Sedemikian, Sudah Lama Kami Laksanakan” – Ahmad Idham

Umum

“Kalau Betul FINAS Mahu Keluarkan Syarat Sedemikian, Sudah Lama Kami Laksanakan” – Ahmad Idham

Semalam kecoh betul media sosial kerana pengguna platform seperti Tiktok, Youtube dan Instagram harus memohon Lesen Pengeluaran Filem dan juga Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil memberi penjelasan bahawa tiada arahan dikeluarkan seperti yang tular semalam. Jika betul FINAS mahu keluarkan syarat seperti itu, maka sudah lama mereka laksanakan.

Dia juga berkata tugas FINAS adalah bukan untuk menyekat kreativiti pengguna platform media sosial tetapi untuk menggalakkan social influencer menghasilkan lebih banyak idea kreatif.

Berita yang tular itu tidak benar. Saya harap pihak berkenaan bersabar dan jangan panik. Kalau betul FINAS mahu keluarkan syarat sedemikian, sudah lama kami laksanakan. Tapi, sebaliknya, kita beri geran mikro kepada golongan terbabit menghasilkan lebih banyak isi kandungan untuk pelantar media sosial… Takkanlah kita hendak buat begitu.

Ahmad Idham percaya ada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap isu tersebut serta cuba untuk memutar belitkan kenyataan itu atas kapasiti lain dan bukannya untuk industri kreatif.

Saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memutar belitkan kenyataan itu atas kapasiti lain, bukan untuk industri kreatif. Menteri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu terbabit dan kita tunggu maklum balas mengenainya. Saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok (hari ini) dan penjelasannya lebih kepada soal teknikal.

Ramai golongan social influencer rasa keliru dengan syarat yang dikatakan mewajibkan mereka untuk memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebaik sahaja berita itu tersebar semalam.




OHMEDIA: KALI INI OHMEDIA SETUJU DENGAN AHMAD IDHAM. HARAP-HARAP TAK PERLU MOHON LESEN BAGI PENGGUNA MEDIA SOSIAL. KESIAN ANAK-ANAK MUDA!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas